Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperasi dikenalpasti jadi antara platform kurangkan kos sara hidup - Daim


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





TUMPAT, 24 Ogos -- Gerakan koperasi dikenalpasti sebagai antara platform yang mampu membantu mengurangkan kenaikan kos sara hidup, kata bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

Justeru itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) perlu memberi fokus ke arah memperkasa pembangunan gerakan koperasi dalam penguasaan rantaian nilai untuk mengekang kos sara hidup yang tinggi melalui penglibatan koperasi dalam industri pemborongan dan peruncitan.

"Dengan bilangan koperasi yang lebih daripada 14,000 pada masa kini serta kekuatan anggota seramai 6.5 juta orang iaitu hampir 20 peratus populasi negara, gerakan koperasi secara kolektif mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kos sara hidup rakyat dengan berkesan.

"Ia secara langsung menunjukkan kuasa gerakan koperasi yang boleh memberi kesan kepada harga barangan pengguna di pasaran kerana melalui koperasi, kita adalah pemilik dan kita juga pengguna," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Koperasi dan Bekwoh (Kenduri) Rakyat anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Pantai Geting di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin, Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Nordin Salleh, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, gerakan koperasi juga berupaya memainkan peranan dalam setiap peringkat rantaian bekalan termasuk pemasaran barangan pengguna pada harga yang kompetitif, sekaligus dapat mengurangkan peranan orang tengah yang mempengaruhi pasaran.

"Model perniagaan koperasi itu sendiri dilahirkan bagi memendekkan rantaian bekalan dengan mengurangkan peranan orang tengah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel