Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bersatu harap dua projek untuk pembangunan Tok Bali dilaksanakan


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





PASIR PUTEH, 24 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berharap kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan akan melaksanakan dua projek bagi memesatkan proses pembangunan di Tok Bali dan kawasan sekitarnya.

Pengerusinya Datuk Kamarudin Md Nor berkata dua projek itu ialah pembinaan Institut Kemahiran Mara (IKM) yang sepatutnya dibina dalam Rancangan Malaysia ke-8 tetapi digantung oleh Barisan Nasional apabila gagal merampas Kelantan dan jalan baharu  Tok Bali-Jeli.

 “Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH) menyambung semula projek IKM  itu  kerana ia  telah digantung terlalu lama,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini, hari ini.

Seramai 90 ahli MPKK dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak menerima  watikah pelantikan itu bagi tempoh  2019-2020.

 Beliau berkata menerusi pelan asal, IKM berkenaan  akan memberi tumpuan kepada kursus kejuruteraan laut bagi meneroka potensi industri laut dalam di negara ini.

Mengenai projek pembinaan jalan baharu Tok Bali-Jeli yang diumumkan Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini, Kamarudin berkata pihaknya mencadangkan agar laluan berkenaan akan melalui pekan Cherang Ruku yang hampir ‘mati’.

Beliau berkata, ini kerana  pekan itu yang terletak bersebelahan Tok Bali semakin dipinggirkan dari arus pembangunan negara berikutan tumpuan yang lebih terhadap Bandar Baharu Tok Bali.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel