Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan tumpu usaha tingkat pendapatan rakyat sejak RMK5 - Daim


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





 

TUMPAT, 24 Ogos -- Kerajaan telah menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat sejak Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5), kata bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, antara dasar yang diperkenalkan kerajaan pada waktu itu adalah meningkatkan pendapatan dan mengurangkan inflasi agar rakyat dapat menggunakan wang dengan lebih baik.

"Samada suka ataupun tak suka, kalau dibandingakn dengan dulu sampai sekarang, rakyat lebih selesa daripada dulu. Dulu mana jalan macam sekarang. Dulu mana ada titi (jambatan) macam sekarang.

"Dulu kita naik basikal sekarang semua naik kereta, takkan tak ada kemajuan? Mesti ada kemajuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Koperasi dan Bekwoh (Kenduri) Rakyat anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Pantai Geting di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin, Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Nordin Salleh, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Daim mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kadar kemiskinan di negara ini.

Pelapor Khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Philip Alston sebelum ini dilaporkan berkata bahawa angka rasmi mengenai kemiskinan di negara ini sebahagian besarnya tidak tepat dan tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Alston dipetik sebagai berkata bahawa angka rasmi bergantung kepada langkah-langkah lapuk dengan garis kemiskinan kekal di tahap yang sama selama beberapa dekad walaupun kos kehidupan yang semakin tinggi.

Ditanya mengenai khabar angin mengenai pertukaran portfolio beberapa menteri dalam masa terdekat, Daim berkata perkara berkenaan perlu dirujuk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun dalam masa yang sama beliau meminta masyarakat supaya terus memberikan maklumbalas terhadap prestasi wakil rakyat yang dipilih mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

-- BERNAMA     


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel