Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masyarakat Sibu digesa tidak malu kibar Jalur Gemilang


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





SIBU, 24 Ogos (Bernama) -- Masyarakat pelbagai kaum di daerah ini digesa supaya tidak malu mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan permis perniagaan masing-masing sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Ivy Stephen Sekai berkata, amalan mengibarkan Jalur Gemilang bukan setakat tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia malah bukti semangat patriotik, kesetiaan dan sayangkan negara.

Menurutnya, hari ini merupakan pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat daerah Sibu di mana pelepasan Konvoi Kibar Jalur Gemilang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau di Dataran Tun Tuanku Bujang manakala perasmian kempen dilakukan oleh Anggota Parlimen Sibu, Oscar Ling di Sibu Heritage Centre. 

"Oleh itu melalui kempen ini yang antaranya bertujuan menyemai serta mempromosi semangat cintakan negara dan meningkatkan semangat patriotisme,  kita mahu semua warga Sibu untuk bersatu dan jangan malu  mengibarkan Jalur Gemilang di tempat masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan konvoi Jalur Gemilang hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya perasmian kempen itu Ivy berkata, pengibaran Jalur Gemilang amat penting sebagai simbol kesetiaan, kesatuan dan patriotisme di kalangan rakyat negara ini.

"Oleh itu kami menyeru semua warga Sibu untuk mengikbarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan, kereta, motosikal, basikal dan dimana-mana saja sepanjang kempen untuk tunjukkan rasa cinta dan sayang kepada Malaysia dan bangga menjadi anak Malaysia,” jelas beliau.

Manakala Oscar dalam ucapan perasmiannya  berkata, adalah amat malang sekali sekiranya mengaku sahaja  sebagai rakyat Malaysia tidak memiliki rasa kasih dan sayang kepada negara.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan generasi muda supaya jangan lupa kepada perjalanan serta perjuangan bangsa dan tidak mengetepikan persepsi keadaan baik dan selesa dinikmati masa kini adalah perkara biasa serta masalah negara bukan tanggungjawab mereka kerana ia boleh meruntuhkan negara.

— BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel