Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Madsha, Madzni, pekebun tunggal pisang sekaki di Tuaran


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





TUARAN, 24 Ogos  -- Walaupun penjagaan tanaman pisang sekaki rumit, cabaran itu sedikit pun tidak melemahkan semangat dua beradik dari Kampung Baru Selaud di sini, mengusahakan kebun mereka dengan tanaman itu di kampung berkenaan sejak 10 tahun lepasalu.

Madsha Mohd Dani, 59, dan Madzni Mohd Dani, 50, kini muncul pekebun tunggal dan pengeluar kerepek pisang sekaki dikenali di daerah ini, yang mendapat permintaan tinggi pelanggan.

Bermula dengan 200 pokok pisang sekaki ditanam di kebun seluas 0.8 hektar, Madsha dan Madzni mampu tersenyum apabila usaha mereka berterusan membuahkan hasil sehingga tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan.

"Sungguhpun tidak ramai petani di Tuaran gemar menceburi penanaman pisang sekaki kerana faktor penjagaan tanaman itu rumit, saya dan Madzni yang mempunyai minat mendalam terhadap pertanian membulatkan tekad mencuba yang akhirnya berjaya.

"Kami adalah petani pertama di Tuaran memperoleh benih pisang sekaki dari Tawau, sebelum disemai di kebun Kampung Baru Selaud," kata Madsha yang juga pesara Jabatan Pertanian Sabah kepada Bernama, di sini.

Madsha berkata selepas pelbagai percubaan, akhirnya tanaman pisang sekaki mengeluarkan hasil membanggakan, sekali gus mereka turut menjadi pembekal benih tanaman itu kepada petani lain.

"Pokok pisang sekaki perlu sentiasa diberi baja membolehkan berbuah dalam tempoh 10 hingga 12 bulan, buahnya dijadikan kerepek yang menjadi makanan ringan kegemaran ramai," katanya.

Madzni pula berkata bagi menghasilkan kerepek, mereka memerlukan lebih 200 kilogram buah pisang sekaki setiap minggu, hasil produk itu diborong peniaga setempat.

"Hasil pendapatan produk pisang sekaki mampu menampung perbelanjaan harian keluarga mereka, selain membayar upah lima pekerja sambilan yang membantu menghasilkan kerepek," katanya.

Beliau berkata kaedah pemprosesan dan pembuatan kerepek pisang sekaki dipelajari hasil bimbingan Jabatan Pertanian, menjadikan produk mereka berkualiti.

Sehubungan itu, mereka berharap pasaran produk pisang sekaki sentiasa ada, selain peluang eksport ke Jepun, Singapura, Brunei dan Jerman menerusi bantuan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel