Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah rakyat Thailand melancong ke Malaysia meningkat


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 24 Ogos (Bernama) — Sejumlah 829,787 pelancong Thailand melawat Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2019.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata jumlah  itu mencatatkan peningkatan 2.5 peratus berbanding 809,902 pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Tahun lepas, 1.94 juta pelancong Thailand melawat negara kita di mana negara itu menduduki tempat ke-4 dalam menyumbang ketibaan pelancong ke Malaysia," katanya pada pelancaran "Visit Truly Asia Malaysia 2020" di Bangkok, Thailand pada Jumaat..

Jojie berkata pelancong Thailand mempunyai lebih banyak pilihan untuk melakukan perjalanan ke Malaysia sama ada  melalui jalan raya, kereta api, laut dan udara.

"Sebagai contoh, kita  berkongsi lapan laluan merentas sempadan, perkhidmatan rel dari  sempadan  Thailand ke Malaysia. Kita mempunyai banyak jadual penerbangan dari Thailand ke Malaysia.

“Ini berkat peningkatan kesalinghubungan udara pakej menarik oleh ejen pelancongan untuk mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi percutian keluarga utama Thailand," katanya.

Bersempena dengan kempen promosi Visit Asia Malaysia 2020 di Thailand, Pelancongan Malaysia melancarkan pakej khas 2,020 baht dengan kerjasama Tanjung Point Residences (Pulau Pinang) dan menjual pakej itu dalam masa empat hari di Pameran Pengembaraan  Antarabangsa Thailand 2019 (TITF # 25).

Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia (Bangkok), Mazreena Mohd Yusof berkata sejumlah besar promosi 2020 pakej dibuat untuk kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020 sahaja.

Beliau berkata ia adalah usaha sama untuk menarik lebih ramai rakyat Thailand ke Malaysia.

"Malaysia berminat menarik lebih ramai pelancong Thailand melalui program insentif ini dan pembangunan produk pelancongan baru.

"Saya berharap usaha ini akan menggalakkan rakan perdagangan dan rakan-rakan kami dari media untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan," katanya.

— BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel