Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Media tradisional masih relevan didik masyarakat dalam isu kepenggunaan di Sarawak


Tarikh kemaskini: 23/08/2019





MIRI, 23 Ogos -- Peranan media massa masih relevan sehingga kini untuk menyampaikan maklumat yang sahih serta benar kepada pembaca walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran media sosial.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, walaupun media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter lebih cepat menyampaikan maklumat namun peranan media massa masih diperlukan untuk memastikan hanya berita sahih sahaja disebarkan.

“Kami memerlukan anda (media) semua untuk melapor isu-isu kepenggunaan serta aktiviti KPDNHEP kepada masyarakat pengguna bagi tujuan pendidikan dan peringatan,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua KPDNHEP Cawangan Miri, Joe Azmi Jamil di Majlis Apresiasi Kepenggunaan Bersama Media di Miri pada malam ini.

Beliau berharap hubungan baik KPDNHEP dengan media di Sarawak dapat ditingkatkan bagi memantapkan lagi pemahaman isu-isu kepenggunaan yang melibatkan pengguna di Sarawak.

“KPDNHEP amat menghargai segala publisiti yang telah diberikan secara langsung dan tidak langsung oleh media,” katanya lagi.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel