Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Semenanjung yang mahu menetap di Sabah selepas pencen perlu diberikan status PR


Tarikh kemaskini: 23/08/2019





KOTA KINABALU, 23 Ogos -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini melahirkan harapan agar penjawat awam yang berasal dari Semenanjung yang sudah lama berkhidmat dan mahu terus menetap di Sabah selepas pencen, dapat diberikan status penduduk tetap (PR) di Sabah.

Waytha Moorthy, menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial berkata ramai penjawat awam daripada Semenanjung yang mahu terus menetap di Sabah walaupun sudah pencen kerana suka dengan kehidupan di negeri ini.

“Ada yang datang kepada saya dan menyatakan mereka mahu terus tinggal di Sabah walaupun sudah pencen kerana mereka menganggap Sabah adalah negeri yang aman damai dan harmoni.

“Oleh itu hari ini saya telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ia adalah salah satu perkara yang kita telah bincangkan dan beliau (Mohd Shafie) berkata akan untuk memberi perhatian sewajarnya kepada penjawat awam Semenanjung yang telah lama berkhidmat di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat kepada Mohd Shafie di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini.

Untuk rekod, Seksyen 66 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) merujuk kepada sekatan ke atas hak masuk warganegara ke dalam negeri di Malaysia timur, di mana seseorang warganegara adalah tertakluk kepada memiliki Pas atau Permit untuk memasuki dan berada di negeri Malaysia timur (Sabah/Sarawak).

Waytha Moorthy berkata selain itu terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan semasa perjumpaan itu, termasuk isu-isu berkaitan perpaduan negara.

“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah dan persekutuan akan terus menganjurkan beberapa program demi memupuk perpaduan dalam negara.

“Ketua Menteri juga telah bersetuju untuk memberikan satu peruntukan khas bagi memastikan JPNIN Sabah dan Kawasan Rukun Tetangga dapat terus melaksanakan aktiviti masing-masing,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel