Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan pasangan suami isteri warga Brunei, disyaki mengedar dadah


Tarikh kemaskini: 23/08/2019





MIRI, 23 Ogos -- Polis menahan satu pasangan suami isteri dan merampas dadah dianggar bernilai RM12,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Lereng Bukit, Jalan Pujut-Lutong pagi ini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata dua suspek yang ditahan dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi itu ialah seorang lelaki warga Brunei berusia 40 tahun, dan isterinya yang berumur 35 tahun, serta seorang rakyat tempatan, yang berasal dari Kampung Lereng Bukit di sini.

“Suspek warga Brunei itu mempunyai lima kes berkaitan dengan dadah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini sambil menyatakan kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan di tingkat bawah rumah itu pasukan polis telah menemui dadah jenis methamphetamine yang dibungkus dalam paket plastik lutsinar dan paspot antarabangsa.

“Kedua-dua suspek telah menjalani ujian air kencing dan didapati positif dadah,” katanya sambil menambah suspek dipercayai mengedar dadah di sekitar kampung berkenaan serta bandaraya Miri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel