Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

2.4 hektar hutan berhampiran Taman Tema Legoland terbakar


Tarikh kemaskini: 23/08/2019





JOHOR BAHRU, 23 Ogos -- Kira-kira 2.4 hektar kawasan hutan berhampiran Taman Tema Legoland dan sebuah hotel, di Iskandar Puteri, dekat sini, mengalami kebakaran petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 4.25 petang.

"Seramai enam anggota bomba bersama sebuah jentera sedang berusaha memadamkan kebakaran sejak petang tadi sehingga kini dengan dibantu Pasukan Bertindak Kecemasan Legoland dan Medini," katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Nazran berkata punca dan anggaran kerugian kebakaran itu masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel