Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Badan alam sekitar cipta mesin tukarkan sisa plastik menjadi tenaga


Tarikh kemaskini: 23/08/2019




KOTA KINABALU, 23 Ogos -- Race for Water Foundation tiba di sini sebagai sebahagian daripada Race for Water Odyssey atau ekspedisi alam sekitar global selama lima tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran plastik dan mempromosikan solusi yang menghalang sisa plastik daripada bocor ke lautan.

Ketua Ekspedisi dan Presiden Race for Water Foundation, Marco Simeoni berkata Race for water bersama rakan industri, Evaluation Technologique, Ingénierie et Applications (ETIA) telah menghasilkan teknologi yang mampu mengubah plastik akhir hayat menjadi tenaga, sama ada gas atau elektrik.

Beliau berkata mesin bagi menukarkan sisa plastik menjadi sumber tenaga menggunakan proses pengolahan yang unik dan dipatenkan.

"Mesin pertama akan dicipta tahun ini dengan kerjasama SUEZ iaitu pakar global dalam sektor air dan sisa untuk menunjukkan hasil tenaga dan persekitarannya," kata beliau kepada media sempena persinggahan ekspedisi itu di sini hari ini.

"Pada masa yang sama, pelbagai projek sedang dikaji di beberapa pulau dan pesisir pantai untuk menunjukkan manfaat alam sekitar, ekonomi dan sosial rantaian nilai yang Race for Water Foundation ingin wujudkan plastik akhir hayat," katanya. kepada media sempena persinggahan ekspedisi itu di Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi.

Marco berkata ekspedisi terbaharu Race for Water ialah yang kedua dan bermula pada 2017-2021 yang merangkumi 35 persinggahan.

“Kami juga akan mempercepatkan peralihan tenaga dengan menunjukkan bahawa kapal yang menggunakan campuran tenaga solar-hidrogen mampu menamatkan ekspedisi lima tahun

"Dalam tempoh lima tahun, kami akan mengambil bahagian dalam beberapa acara utama antarabangsa untuk mendidik sebanyak mungkin masyarakat tentang perlunya untuk memulihara lautan. Kami juga mengalu-alukan tetamu di atas kapal misi saintifik untuk meningkatkan pemahaman akibat pencemaran plastik di lautan," kata beliau.

Race for Water Foundation melancarkan ekspedisinya yang pertama pada 2015 untuk membuat penilaian global mengenai pencemaran plastik di laut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel