Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis marin tahan bot nelayan di Pekan


Tarikh kemaskini: 22/08/2019





KUANTAN, 22 Ogos (Bernama) -- Sebuah bot nelayan kelas A ditahan kira-kira satu batu nautika dari pantai perairan Kampung Serandu Pantai, Pekan dekat sini, hari ini. 

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (PPM W3) ACP Norzaid Muhammad Said berkata semasa ditahan pada 9.30 pagi, bot nelayan itu dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam kawasan tidak dibenarkan. 

“Bot nelayan yang dikendalikan seorang lelaki berusia 67 tahun warga tempatan itu seharusnya tidak boleh berada terlalu hampir dengan perairan pantai. 

“Kita banyak mendengar keluhan nelayan tradisional berhubung bubu dan pukat yang dipasang di pesisir pantai rosak akibat bot nelayan seperti ini sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit,” katanya menerusi kenyataan media di sini. 

Norzaid berkata nelayan tersebut diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pahang bagi membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985. 

Beliau memberi jaminan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam penguatkuasaan di perairan laut termasuk mengekang aktiviti nelayan di kawasan yang tidak dibenarkan atau dalam istilah nelayan dipanggil ‘tarik tepi’.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel