Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebakaran 24 beg 'aluminium dross' di Pontian berjaya dipadamkan


Tarikh kemaskini: 22/08/2019





JOHOR BAHRU, 22 Ogos -- Kebakaran melibatkan 24 beg berisi bahan kimia ‘aluminium dross’ di stor penyimpanan di sebuah kilang aluminium di Jalan Perindustrian 5, Kawasan Perindustrian Pontian, dekat Pontian, sejak semalam, berjaya dipadamkan petang ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan berkata, api dipadam sepenuhnya pada 6 petang tadi, hasil operasi pemadaman yang giat dilakukan dengan kaedah menimbus bahan kimia itu, menggunakan tanah dan pasir.

"Walaupun api padam sepenuhnya, namun, sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru bersedia sehingga 8 pagi esok, di lokasi kejadian bagi memantau sebarang kemungkinan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Iqbal berkata tiada kemalangan jiwa akibat kebakaran itu dilaporkan setakat ini, manakala punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.

Semalam, Pusat Gerakan Operasi Bomba Johor dilaporkan menerima panggilan kecemasan kebakaran itu menerusi talian MERS 999 pada 3.59 petang.

Terdapat 1,116 beg berisi 558 tan bahan kimia dikenal pasti di dalam stor terbabit, dengan setiap beg mengandungi 500 kilogram bahan kimia berkenaan.

Kebakaran, bagaimanapun, hanya melibatkan 24 beg, manakala beg-beg yang tidak terbakar berjaya dibawa keluar dari stor tersebut dan diletakkan di kawasan selamat, dalam kawasan kilang berkenaan.

Bomba mendapati bahan kimia tersebut tidak boleh dipadamkan dengan air, kerana ia akan terbakar apabila bertindak balas dengan air.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel