Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek pembangunan Tasik Kenyir siap Mac 2020


Tarikh kemaskini: 22/08/2019





HULU TERENGGANU, 22 Ogos (Bernama) -- Projek cadangan mereka bentuk, membina dan menyiapkan Marina Pengkalan Gawi dan Jambatan ke Pulau Poh, Tasik Kenyir dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata projek bernilai RM430 juta itu akan disiapkan secara berperingkat.

“Projek ini telah bermula sejak tahun 2017, dan pada bulan November ini jambatan yang menghubungkan Pengkalan Gawi dan Pulau Poh dijangka siap diikuti hotel lapan tingkat pada bulan Mac tahun depan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada lawatan kerja beliau di Hulu Terengganu di sini hari ini.

Ariffin berkata walaupun projek dijangka siap pada Mac tahun hadapan, hotel yang mempunyai kira-kira 150 bilik itu tidak akan terus beroperasi kerana belum mempunyai pengusaha yang boleh menguruskannya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengusaha hotel itu.

Beliau berkata bagi pihak yang berminat untuk menguruskan hotel itu mereka perlu mempunyai perjanjian-perjanjian khusus dengan kerajaan negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel