Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBAS seru premis perniagaan kibar Jalur Gemilang


Tarikh kemaskini: 22/08/2019





ALOR SETAR, 22 Ogos (Bernama) -- Semua premis perniagaan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) diseru untuk memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad berkata surat pekeliling berhubung seruan itu sudah dikeluarkan minggu lepas dan berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing untuk menyemarakkan lagi sambutan itu.

“Kami sudah hantar surat pekeliling untuk memastikan mereka mengambil bahagian untuk memasang bendera bagi menceriakan kawasan bandar raya ini supaya ada kibaran di setiap premis dan dapat bersama-sama kita tonjolkan Jalur Gemilang.

“Sekarang ini kami dapati masih kurang dan harap semua ambil bahagian dan usaha sedikit memasangnya di premis-pemis sebagai melahirkan rasa syukur kerana dapat hidup aman makmur hasil perjuangan terdahulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kempen Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat MBAS di sini, hari ini.

Pada program tersebut, Mohd Zohdi turut mengedarkan 300 bendera dan pelekat Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, Mohd Zohdi berkata MBAS tidak menerima sebarang aduan berhubung pemasangan bendera terbalik di bandar raya ini dan berharap masyarakat di sini memahami tatacara pemasangannya bagi menghormati Jalur Gemilang.

“Kita janganlah pasang ikut suka dan pasang bendera terbalik kerana itu tidak baik, pasanglah ikut kaedahnya bagi menghormati bendera negara kita yang menjadi lambang kedaulatan, keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini MBAS telah mengambil inisiatif memasang sebanyak 2,000 Jalur Gemilang di sekitar bandar raya ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel