Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seludup, edar rokok tidak bercukai tumpas di Kluang


Tarikh kemaskini: 22/08/2019





KLUANG, 22 Ogos (Bernama) -- Polis Johor berjaya menumpaskan satu kegiatan penyeludupan dan pengedaran rokok tidak bercukai susulan satu serbuan di sebuah rumah di Taman Muhibbah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata serbuan berkenaan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kluang pada pukul 3.45 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berumur 30-an dipercayai penghuni rumah terbabit bersama dengan 846 karton rokok pelbagai jenis dan minuman keras yang dipercayai tidak bercukai.

“Nilai rampasan keseluruhan lebih kurang RM42,582 dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dijatuhi hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel