Z8ezvYGKOfw Bersatu sokong Lynas terus dibenarkan beroperasi
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bersatu sokong Lynas terus dibenarkan beroperasi


Tarikh kemaskini: 21/08/2019





KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini berpendirian bahawa kilang memperoses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) seharusnya dibenarkan untuk meneruskan operasi di kilangnya di Kawaasan Perindustrian Gebeng di sini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, Lynas merupakan pelaburan besar kepada negara dan sentiasa mematuhi peraturan disyaratkan kerajaan, sekali gus menunjukkan ketelusan dan keseriusan mereka. 

"Lynas mempunyai pengurusan risiko tersendiri. Operasi Lynas bukan tidak berisiko namun kami diterangkan risiko itu. Mereka sudah mengenal pasti serta menguruskan risiko dengan cara yang betul," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai rombongan Bersatu mengadakan lawatan yang berlarutan selama hampir lapan jam di kilang Lynas di sini yang meliputi sesi taklimat, soal jawab bersama pekerja Lynas dan lawatan ke setiap pelusuk kilang itu. 

Turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Pahang, Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil, MT Bersatu, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dan Ketua Biro Integriti Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Dr Muhammad Faiz Na'aman.    

Sehubungan itu, Wan Saiful berkata ahli politik yang tidak bersetuju dengan Lynas seharusnya mengambil inisiatif berkunjung ke kilang itu untuk mendapat penerangan yang tepat dan disokong bukti saintifik. 

"Kita perlu masuk ke dalam politik era Malaysia Baharu dan pastikan komen yang diberikan adalah berdasarkan fakta dan maklumat tepat... untuk menghala ke arah itu, tidak cukup dengan hanya membaca di Kuala Lumpur, sebaliknya turun dan lihat sendiri.

"Datang, lihat dan dengar taklimat daripada Lynas. Mungkin mereka juga boleh membawa bersama pakar yang telah memberi penjelasan dalam isu Lynas dan mereka yang mengiktiraf operasi kilang ini selamat untuk mendapat pandangan pihak ketiga," katanya. 

Wan Saiful berkata semua dapatan berkaitan operasi Lynas yang mempunyai hampir 1,000 pekerja dengan 97 peratus daripada rakyat tempatan, akan dibawa ke pengetahuan pimpinan atasan Bersatu termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mengalu-alukan kemasukan pelabur juga perlu menjaga keyakinan pelabur untuk berada di negara ini dan tidak boleh dilihat menolak pelabur hanya kerana disebabkan sifat prasangka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel