Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 1,350 karton rokok seludup di Benut


Tarikh kemaskini: 21/08/2019





JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas 1,350 karton rokok putih dan kretek dipercayai diseludup dalam serbuan di sebuah premis stor penyimpanan di Kampung Permatang Duku, dekat Benut, Pontian, semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata lelaki berusia 34 tahun itu yang dipercayai pemilik premis berkenaan, ditahan pada pukul 8.15 malam oleh sepasukan pegawai dan anggotanya.

“Pemeriksaan dalam premis itu, yang dahulunya merupakan sebuah kedai tetapi dikosongkan menjadi stor penyimpanan, menemui kira-kira 32 kotak berwarna coklat dan berlabel, dipercayai berisi rokok tidak sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah 1,350 karton rokok putih dan kretek dalam kotak-kotak berkenaan yang dianggarkan bernilai RM178,890 termasuk cukai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, rokok yang dipercayai diseludup dari negara jiran itu adalah untuk pasaran tempatan.

Khiu berkata lelaki berkenaan dan kesemua rokok tersebut dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Tampoi untuk siasatan mengikut Sesyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Siasatan selanjutnya akan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, tambahnya.

Dalam masa yang sama, Khiu turut menegaskan bahawa pihaknya komited dalam menangani isu pengedaran dan penjualan rokok tidak sah di pasaran dan akan meneruskan operasi-operasi terhadap rangkaian penjualan dan pengedaran rokok tidak sah di negeri ini.

Orang ramai juga boleh memberi kerjasama dan  menyalurkan maklumat kepada PPM di talian 07-2372221 ataupun 07-2372222.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel