Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rangka mayat manusia ditemui dalam bangunan


Tarikh kemaskini: 21/08/2019




BUTTERWORTH, 21 Ogos (Bernama) -- Satu rangka manusia dalam keadaan berselimut ditemukan seorang lelaki di tingkat atas sebuah bangunan kosong terbiar di Jalan Bagan Luar, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya, ia ditemukan kira-kira pukul 5.00 petang sebelum lelaki berkenaan menghubungi polis.

"Pemeriksaan mendapati rangka manusia itu dalam keadaan terlentang dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai berhampiran rangka berkenaan," katanya di sini.

Katanya rangka itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hosital Seberang Jaya di sini untuk tindakan lanjut. 

Beliau berkata tiada laporan polis berkaitan kehilangan ahli keluarga diterima di daerah ini setakat ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara ini untuk menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di 04-5759122 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

-- BERNAMA   

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel