Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belalai air cemaskan penduduk Langkawi


Tarikh kemaskini: 21/08/2019




LANGKAWI, 21 Ogos (Bernama) -- Orang ramai di sekitar Telaga Habour Park berhampiran Pantai Kok di sini 'dikejutkan' dengan fenomena belalai air atau puting beliung kecil yang berlaku kira-kira 10 minit pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi Kapten (PA) Shahfikri Darus berkata kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi itu turut disusuli dengan hujan lebat dan angin kencang.

"Bagaimanapun setakat 2 petang ini tiada sebarang laporan kerosakan akibat fenomena tersebut dilaporkan.

"Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian tersebut merupakan fenomena cuaca yang normal," katanya di sini hari ini.

Difahamkan kejadian tersebut turut dilihat secara dekat oleh sekumpulan 80 pelancong yang berada di pulau buatan Paradise 101 berhampiran lokasi kejadian.

Fenomena tersebut menjadi tular selepas penduduk pulau ini berkongsi gambar dan video dalam media sosial seperti Facebook, Twitter serta aplikasi WhatsApp.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel