Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPLB peruntuk RM2.4 juta siapkan pembinaan 150 rumah di Kampung Gana


Tarikh kemaskini: 21/08/2019





KOTA MARUDU, 21 Ogos -- Pembinaan 150 rumah di bawah Skim Projek Pembangunan Bersepadu Penempatan Semula Gana, di sini yang terbengkalai akan disiapkan menerusi peruntukan RM2.4 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi berkata kerajaan telah memutuskan bahawa projek berkenaan perlu disiapkan demi kelangsungan hidup penduduk di kawasan itu dan dilaksanakan menerusi Felcra Berhad.

Katanya beliau sendiri akan menjadi pemantau dan penyelia projek yang akan disiapkan sebelum akhir tahun ini.

“Dengan  terlaksananya projek tersebut  membolehkan  pemilik rumah  yang belum mendapat  rumah atau rumah  belum  siap akan dapat tinggal  dengan lebih selesa dan selamat,” katanya kepada Bernama selepas Program Latihan Sehari Bagi Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri (KAN) Wakil KAN dan Pemegang Adat  di sini.

Pada 5 Ogos lepas, Bernama melaporkan Pejabat Daerah Kota Marudu akan menyediakan laporan lengkap mengenai projek terbengkalai membabitkan pembinaan 150 rumah di penempatan semula itu.

Arnold dipetik berkata menerusi laporan itu, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca pembinaan rumah tersebut gagal disiapkan dan laporan itu akan diserahkan kepada agensi berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan khususnya KPLB.

Skim penempatan semula itu yang dilaksanakan pada 1997 membabitkan 450 penduduk dari 10 kampung yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Lingkabau.

Kampung tersebut adalah Garung, Kipopogong, Makatol Laut, Makatol Darat, Gouton, Gana, Minsusurud, Nasapu, Toguhu dan Sonsogon Paliu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel