Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan lima lelaki Filipina menyusup masuk perairan Tawau


Tarikh kemaskini: 21/08/2019





TAWAU, 21 Ogos -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima lelaki Filipina ketika cuba menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tinagat dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata penahanan juragan berumur 63 tahun bersama empat penumpang berumur antara 27 hingga 47 tahun itu dilakukan pada 9.30 malam, susulan maklumat Unit Risikan Marin mengenai pergerakan sebuah bot pam mencurigakan di perairan Tinagat.

"Kesemua penumpang mengaku datang dari Filipina dan masuk ke daerah ini dengan membayar RM400 setiap seorang kepada juragan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran.

Menurutnya, bot pam dan beberapa barangan termasuk pakaian peribadi penumpang bernilai RM3,000 dirampas.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel