Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Elak kenyataan berbaur perkauman, fokus pembangunan dan kebajikan rakyat: Ewon


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KOTA BELUD, 20 Ogos (Bernama) -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick mengajak rakyat di negeri ini supaya terus bersatu padu dan mengelak daripada membuat kenyataan berbaur perkauman dan keagamaan.

Beliau berkata, ini kerana sentimen seumpama itu akan menyebabkan fokus untuk mengurus pembangunan dan kebajikan rakyat akan terpesong kerana terlalu menumpukan perhatian kepada usaha menyelesaikan masalah perbezaan pendapat.

"Sebab itu kita harus mengelak daripada membuat ucapan dan kenyataan berbaur perkauman dan keagaaman kerana sentimen seperti ini akan menyebabkan fokus kita seolah-olah tertumpu hanya untuk menyelesaikan perbezaan pandangan.

"Kita sepatutnya memberi fokus yang lebih banyak kepada pelaksanaan program-program pembangunan sama ada  berskala kecil atau sederhana di kawasan masing-masing terutamanya luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat jalan perhubungan desa di Kampung Gaur dan melawat  seorang ibu, Orang Kelainan Upaya (OKU) Saidap Padis, 59, dari Kampung Piasau dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, di sini, hari ini.

Terdahulu itu, beliau melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Serbaguna Kampung Piasau.

Mengenai sambutan Bulan Kemerdekaan, beliau berkata, tema tahun ini 'Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih' bukan semata-mata berkisar kebersihan alam sekitar dan fizikal tetapi juga jiwa kebangsaan dan jiwa merdeka yang bersih daripada anasir yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan negara.

"Jiwa merdeka sepatutnya diisi dengan program-program pembangunan rakyat berasaskan perpaduan dan keharmonian, sebab tanpa perpaduan kita tidak dapat melaksanakan pembangunan dan mengurus kemajuan,” katanya.

Ewon berkata, selain itu, jiwa merdeka juga seharusnya diisi untuk mengurus kebajikan rakyat yang menghadapi masalah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel