Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Bendahari Sabah naikkan pangkat enam pegawai kanan


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KOTA KINABALU, 20 Ogos  -- Jabatan Bendahari Sabah telah menaikkan pangkat enam pegawai kanannya dari pelbagai jabatan kerajaan negeri, yang berkuat kuasa hari ini.

Bendahari Negeri, Rusdin Riman berkata ia adalah kali pertama dalam sejarah jabatan berkenaan melaksanakan kenaikan pangkat keenam-enam pegawai tersebut secara serentak daripada jawatan asal gred W48 kepada gred W52.

"Pegawai, yang dinaikkan pangkat ialah Justin Sinsoi, Timbalan Bendahari Negeri (Pengurusan); James Gulongan, Ketua Penolong Bendahari Negeri (Bahagian Penyemakan, Penerimaan dan Pembayaran); Hamdan Hamzani, Ketua Penolong Bendahari Negeri (Pengurusan Akaun Awam); Feeley Bachee, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Kewangan) Jabatan Air Negeri Sabah; Wong Kok Siong@ George Lawrence Kichi, Ketua Akauntan (Bahagian Kewangan) Jabatan Tanah dan Ukur dan Seria @ Sairah Indan yang telah bersara baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang dinaikkan pangkat sememangnya layak, berdasarkan perkhidmatan cemerlang dan kenaikan pangkat ini selaras dengan aspirasi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah tahun lalu.

"Ketua Menteri mahu mentransformasikan sektor awam negeri untuk memberi peluang kepada pegawai peringkat pertengahan menduduki jawatan yang lebih tinggi.

"Jabatan berharap mereka akan berkhidmat dengan lebih baik dalam membantu meningkatkan mutu dan perkhidmatan berkualiti Jabatan Bendahari Negeri," tambahnya.          

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel