Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan terus komited wujud peluang pekerjaan di Sabah - Madius


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KOTA KINABALU, 20 Ogos --Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Madius Tangau berkata kerajaan terus komited bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk mengurangkan jumlah penganggur di Sabah.

Sehubungan itu, Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah berkata kementeriannya sedang giat membawa pelabur luar untuk melabur di negeri ini khususnya di kawasan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).

"Kalau kita melihat rekod... Sabah telah merekodkan 112,100 penganggur sepanjang tahun 2018 dan ini adalah jumlah yang tidak boleh dibanggakan. Oleh itu antara inisiatif yang kita lakukan untuk mengurangkan jumlah itu (penganggur) adalah mewujudkan pekerjaan di negeri ini.

"Oleh itu kita akan bawa seberapa banyak pelabur luar ke Sabah dan ia secara langsung dapat mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diisi oleh anak-anak Sabah," katanya ketika merasmikan Hari Terbuka KKIP 2019 di sini, hari ini.

Madius berkata untuk memastikan pelabur datang ke Sabah, banyak perkara yang perlu dipertingkatkan khususnya dari segi kemudahan infrastruktur yang mencukupi.

"Contohnya di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu... Kita mampu menarik sehingga RM50 bilion pelaburan sekiranya pelabuhan berkenaan dapat beroperasi... Itulah sebabnya saya mahu pelabuhan itu beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat dan kita mau pihak-pihak yang berkaitan memberi kerjasama sepenuhnya agar ia dapat dilaksanakan," katanya.

Mengulas mengenai Hari Terbuka KKIP 2019, Madius berkata sebanyak 60 tawaran kerja dibuka semasa program berkenaan.

"Saya difaham seramai lebih 900 pencari kerja datang pada program ini untuk mengisi 60 kekosangan. Ini menunjukkan masih ramai penganggur yang mahu mencari kerja di Sabah," tambahnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel