Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPTNS platform pelajar, pelukis bebas kritis hasilkan karya seni


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KOTA KINABALU, 20 Ogos -- Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) mampu menjadi platform menggalakkan para pelajar dan pelukis bebas berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan karya menggunakan idea baharu yang pelbagai, kata Pengurus Besar Lembaga kebudayaan Sabah Mansur Asun.

Beliau berkata pertandingan tahunan anjuran Balai Seni Lukis Sabah yang mengetengahkan konsep "Landskap dan Pola-Pola Sabah" sebagai tema pada tahun ini juga memberi peluang kepada 86 peserta menghasilkan karya hebat dan luar biasa serta keluar daripada zon selesa.

"Elemen landskap dan pola-pola Sabah perlu digabungkan pada setiap karya lukisan kerana ia menjadi syarat pertandingan dan ini menggalakkan para peserta KPTNS membuat eksperimen seni sebelum mengaplikasikan media baharu selain menerapkan ilmu serta evolusi dalam penghasilan karya mereka.

"Kita dapat lihat para peserta bersaing untuk memberikan kelainan dalam karya mereka bagi memastikan ia menarik perhatian panel yang menilai," katanya berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah KPTNS ke-34 peringkat Pantai Barat Selatan, di sini hari ini.

Sebanyak 13 karya dipilih sebagai pemenang iaitu lima karya dipilih daripada kategori sekolah menengah rendah, dua karya (kategori sekolah menengah atas) serta enam karya kategori terbuka dan karya masing-masing akan dipertandingkan di KPTNS peringkat negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel