Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan N. Sembilan larang Dr Zakir Naik sampaikan ceramah di negeri itu berkuat kuasa serta-merta


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





SEREMBAN, 20 Ogos -- Kerajaan Negeri Sembilan melarang penceramah bebas Dr Zakir Naik daripada menyampaikan ceramah awam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata larangan itu berkuat kuasa serta-merta demi kepentingan masyarakat majmuk dan memastikan suasana aman di negara ini terus terpelihara.

"Oleh itu, kita tidak membenarkan Dr Zakir Naik untuk menyampaikan apa-apa ceramahnya di negeri ini sama ada dibuat secara terbuka, mahupun tertutup," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan media Ahad lepas mengenai tindakan beberapa negeri yang mengenakan larangan terhadap Zakir.

Semalam, Zakir dipanggil buat kali kedua ke Bukit Aman bagi merakam keterangannya berhubung ucapan berbaur perkauman dalam satu program di Kelantan baru-baru ini.

Terdahulu Aminuddin merasmikan Majlis Sessi Profesionalisme Majlis Guru Besar Negeri Sembilan 2019 di sini, hari ini.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata Guru Besar juga perlu berupaya menawarkan kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti dalam mengurus pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah masing-masing.

Katanya kualiti pelajar hanya akan terjana menerusi amalan pengurusan yang berkualiti dan beretika serta mementingkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

"Kepimpinan pendidikan perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan perubahan sosial yang membina dengan mengenal pasti kelemahan dan seterusnya mengambil pendekatan strategik untuk menangani sebarang isu dan permasalahan," katanya.

Pada majlis itu, Aminuddin turut melancarkan Koperasi Guru Besar Negeri Sembilan Bhd.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel