Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

200 baju-T, 300 Jalur Gemilang meriahkan Ayang Kafe sambut Hari Kebangsaan


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





Oleh Habsah Ismail

KOTA BHARU, 20 Ogos -- Cetusan idea mencetak 200 kameja-T Merdeka dan memasang Jalur Gemilang di sekeliling kedai makan dilakukan bagi menyemarakkan semangat patriotik untuk dikongsi dengan pelanggannya.

Pemilik kedai makan, Ayang Kafe, Langgar di sini, Nor Hazelizan Mamat berkata kameja-T berkenaan direka cipta khas berwarna merah akan dipakai kakitangan dan penganjur terlibat semasa sambutan pada pukul 3 petang, Sabtu ini di lokasi berkenaan.

"Kedai ini menjadi tumpuan ramai waktu pagi apabila pelanggan gemar bersarapan, jadi saya mengambil inisiatif akan menjalankan aktiviti bersama 50 anak yatim dari Kelab Balkis Kota Bharu.

"Mereka akan diraikan dengan beberapa sumbangan, 300 Jalur Gemilang juga disediakan bagi menyemarakkan rasa kecintaan kita terhadap negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nor Hazelizan berkata biarpun kedai makan tersebut baru beroperasi hampir dua tahun, namun sambutan Hari Kebangsaan sudah diraikan meriah bersama pelanggan pada tahun lepas, malah untuk tahun kedua ini, pihaknya membuat persiapan lebih banyak bagi menghargai pelanggan.

Menurutnya, usaha itu dinamakan Kibar Jalur Gemilang Ayang Kafe Bersama JM Automobil serta pelanggan adalah inisiaitif bagi membangkitkan semangat berjuang.

Kata beliau, sejak dua minggu lepas, beliau bersama kakitangannya membeli dan memasang 150 Jalur Gemilang yang kini sudah siap dipasang dan disambut baik oleh pelanggan.

"Pelanggan teruja, ada yang mengambil gambar dan berswafoto berlatar belakang Jalur Gemilang yang dihias di kedai makan ini.

"Program tanggung jawab sosial korporat (CSR) ini juga akan disertai oleh kumpulan Usahanita Negeri Kelantan dan aktiviti cabutan bertuah akan menyoal soalan berkisarkan kemerdekaan turut disediakan," katanya.

Katanya, usaha tersebut dijalankan memandangkan masih banyak premis di bandar Kota Bharu yang belum mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan sambutan Hari Kebangsaan sudah hampir tiba.

Katanya, bagi memeriahkan suasana, pihaknya baru sahaja menyiapkan lagu 'Ayang Kafe' yang dinyanyikan oleh Poyie Gasi dan Wady Farmasi sebagai sentuhan untuk menyemarak semangat wanita berniaga supaya tidak gentar dan tampil berani menghadapi cabaran semasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel