Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri Melaka struktur semula GLC - Adly


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





JASIN, 20 Ogos -- Kerajaan Negeri sedang menstruktur semula agensi di bawahnya terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerusi proses rasionalisasi dalam tempoh setahun bermula bulan lepas.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata proses rasionalisasi itu bertujuan memastikan semua agensi Kerajaan Negeri berdaya saing serta membantu kerajaan dalam apa jua aspek termasuk memacu ekonomi.

"Bagaimanapun, proses ini tidak akan melibatkan pengurangan tenaga kerja sebaliknya ia melibatkan pencatuman agensi sedia ada dan penambahbaikan agensi terlibat. Sekiranya berlaku penutupan, kakitangan terlibat akan diserapkan ke agensi berkaitan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Daerah dan Tanah Jasin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiga pejabat daerah dan tanah di negeri ini juga disaran untuk mencari beberapa inisiatif baharu dalam usaha meningkatkan pungutan hasil di daerah masing-masing.

"Ini kerana hasil yang dikutip akan digunakan untuk manfaat rakyat di negeri ini khususya dalam aspek pembangunan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adly ketika ditanya mengenai pendirian Kerajaan Negeri selepas penceramah bebas Dr Zakir Naik memohon maaf atas kenyataannya yang menyinggung perasaan orang bukan Islam, berkata kerajaan kekal dengan keputusan sebelum ini iaitu tidak membenarkan beliau menyampaikan ceramahnya dalam apa-apa program di negeri ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel