Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenduri rakyat Nasi Ambeng antara kelainan sambutan HPPNK 2019


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





JOHOR BAHRU, 20 Ogos -- Kenduri rakyat yang menyediakan sajian Nasi Ambeng terpanjang bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records adalah antara kelainan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019  yang akan diadakan di negeri ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim berkata, pelbagai jenis sayur dan buah diperkenalkan pada sambutan selama empat hari bermula 28 Nov di Plaza Angsana di sini dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita” pihaknya menyasarkan 500,000 pengunjung menghadiri sambutan itu.

“Lebih 200 pameran dan ruang jualan disediakan dengan enam kluster utama iaitu Makanan dan Minuman, Gaya Hidup, Kesejahteraan, Hasil Pertanian, Agro Teknologi dan Pembangunan Modal Insan.

“Enam kluster itu bakal mengetengahkan 15 komponen antaranya Anugerah HPPNK, Agro Teknologi, Agro Kulinari, Agro Pelancongan dan Agro Youth,” katanya pada sidang media “countdown” 100 hari menjelang sambutan HPPNK di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan LPP, Salleh Kabul dan Pengarah LPP negeri Johor, Abdul Jalil Bukhairah.

Mengulas lanjut, Azulita berkata, pihaknya berharap dapat memupuk kesedaran penggunaan teknologi dalam pengeluaran terutama kepada peladang, penternak, nelayan dan pengunjung dalam sambutan HPPNK itu.

“HPPNK 2019 adalah satu platform untuk menghargai dan meraikan mereka yang terlibat dalam penyediaan maka­nan di semua peringkat iaitu daripada pengeluaran (peladang, penternak dan nelayan) kepada yang memproses, memasak dan menghidangkan makanan, selain menonjolkan segala teknologi dan inovasi yang digunakan dalam industri makanan,” katanya.

Katanya, sambutan HPPNK pada tahun ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kerajaan Negeri Johor yang mana LPP sebagai agensi pelaksana.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel