Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Op Gegar: 12 wanita Thailand, Laos ditahan


Tarikh kemaskini: 20/08/2019




ALOR SETAR, 20 Ogos -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 12 wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand dan Laos dalam Op Gegar di sebuah pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar, semalam.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata dalam operasi bermula pada 2 pagi hingga 3.30 pagi itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 34 PATI pelbagai warganegara.

"Daripada jumlah itu, 11 wanita Thailand dan seorang wanita Laos berumur antara 22 dan 39 tahun ditahan manakala saman saksi telah dikeluarkan terhadap dua warga Malaysia bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Zuhair berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap jabatan itu di Bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini, untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel