-Vik8t1_SoA Edar hampir 300 gram dadah, dua wanita diperintah bela diri
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Edar hampir 300 gram dadah, dua wanita diperintah bela diri


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





GEORGE TOWN, 20 Ogos -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan dua wanita membela diri terhadap tuduhan mengedar dadah jenis heroin dan monaacetylmorphines seberat 294.9 gram, tiga tahun lepas.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zawani Zulkifli, 33, dan Nur Zahirah Yusoff, 32, pada akhir kes pendakwaan dan menetapkan 1 Okt ini untuk kedua-dua tertuduh membela diri.

Zawani dan Nur Zahirah yang memilih untuk memberi keterangan bersumpah di kandang saksi didakwa bersama-sama mengedar 212.7 gram heroin dan 82.2 gram monaacetylmorphines di sebuah kediaman di Park View Tower, Jalan Harbour Place Off  Jalan Assumption, Seberang Perai Utara dekat sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan itu, pada pukul 4.45 petang, 18 Dis 2016.

Pendakwaan dikendalikan oleh Yasinnisa Begam Seeni Mohideen manakala Zawani diwakili peguam V. Parthipan dan Nur Zahirah diwakili peguam Simon Murali.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel