Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Terengganu sempurnakan pemakaian pangkat dua anakanda


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KUALA TERENGGANU, 20 Ogos -- Dua anakanda Sultan Terengganu, Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua'az, hari ini masing-masing dipakaikan pangkat Leftenan dan Leftenan Muda.

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Sultan Mizan Zainal Abidin di padang kawad, Rejimen 512 Askar Wataniah di sini.

Keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah disambut Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami; Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri.

Turut berangkat ke majlis itu ialah dua lagi anakanda baginda iaitu Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’.

Majlis ringkas itu diselitkan dengan acara perbarisan yang dianggotai pegawai dan anggota Rejimen 512 Askar Wataniah, diketuai Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Rejimen 512 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Saifulddin Mahmod.

Acara dimulakan dengan pentauliahan pangkat Leftenan Kor Rejimen Askar Wataniah kepada Tengku Muhammad Ismail dan susuli pentauliahan pangkat Leftenan Muda kepada Tengku Muhammad Mua'az dalam rejimen yang sama.

Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az telah menyertai latihan ketenteraan di bawah latihan Pegawai Sukarela yang bermula pada 6 Ogos lepas dan berakhir hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel