KfiqrAo9lK0 Polis Johor terima 244 laporan libatkan Dr Zakir Naik
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Johor terima 244 laporan libatkan Dr Zakir Naik


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





JOHOR BAHRU, 20 Ogos -- Polis Johor telah menerima sebanyak 244 laporan polis  yang melibatkan pendakwah Dr Zakir Naik di Johor, setakat ini. 

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya tidak akan membenarkan pendakwah itu untuk mengadakan program di negeri ini kerana tidak mahu beliau mencetuskan kontroversi sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Bagaimanapun, keputusan penuh untuk membenarkan program yang melibatkan Zakir tertakluk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Di peringkat polis, kita akan memberi nasihat yang sewajarnya dari sudut keselamatan kepada pihak JAINJ.

“Oleh itu, kita akan pastikan apa jua agenda yang menjurus ke arah menjaga keharmonian masyarakat diteruskan. Kita tidak mahu ada unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama,” kata beliau ketika ditanya mengenai sama ada polis Johor akan mengikuti jejak polis Melaka yang tidak membenarkan Zakir berceramah di negeri ini.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Johor daripada beliau kepada Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu Datuk Shafie Ismail.

Selain itu, Mohd Kamarudin berkata setakat ini, tiada pihak yang membuat permohonan untuk mengadakan ceramah melibatkan pendakwah itu di negeri ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel