Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





 

KUANTAN, 20 Ogos — Tiga individu yang menaiki  sebuah kereta ditemukan rentung dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di pekan Mengkuang di Triang, Bera dekat sini, hari ini. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar 6 pagi tadi. 

“Kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah kereta. Impak kemalangan mengakibatkan kereta yang masih belum dikenalpasti jenisnya musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu. 

“Mayat tiga individu itu ditemui dalam kereta tersebut selepas pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran dengan menggunakan buih” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Anuar berkata mayat mangsa yang masih belum disahkan identiti diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya. 

Beliau berkata pasukan bomba dari Balai Bomba Triang dengan kekuatan enam anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran. 

— BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel