Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sekolah di pedalaman Kelantan tidak sabar sambut Hari Kebangsaan


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KUALA KRAI, 20 Ogos (Bernama) -- Rasa tidak sabar untuk meraikan Hari Kebangsaan ke 62 pada penghujung bulan ini menyebabkan guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Tengah, di sini, yang letaknya di kawasan pedalaman sentiasa mengadakan latihan setiap petang selepas habis kelas.

Meskipun masih berbaki 11 hari namun sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih itu seolah-olah tidak sabar disambut oleh kesemua murid sekolah itu.

Guru Besar SK Kampong Tengah, Wan Maznun Wan Yahya berkata, latihan yang diadakan adalah bagi memastikan acara sambutan berjalan lancar.

Beliau berkata selain perbarisan, acara sambutan juga akan dihiasi dengan persembahan sketsa, pertandingan pakaian beragam bermotifkan Hari Kebangsaan dan pelbagai lagi.

"Acara ini turut melibatkan guru-guru serta pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di mana kita turut menyediakan hadiah kemenangan.

"Sebenarnya kesemua 37 guru dan 475 murid turut dikehendaki menghiasi bilik darjah mereka dengan tema Hari Kebangsaan dan pemenangnya akan menerima hadiah," katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Jelasnya walaupun SK Kampong Tengah terletak di kawasan pedalaman namun setiap tahun sambutan Hari Kebangsaan tidak pernah dilupakan mereka.

"Rata-rata ibu bapa pelajar di sini adalah penoreh getah, petani atau berkerja sendiri tetapi itu bukannya alasan untuk kita tidak mendidik anak-anak betapa pentingnya sambutan Hari Kebangsaan.

"Sebagai guru adalah amat penting kita menerapkan semangat cintakan negara kepada murid-murid seawal usia seperti ini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel