Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PTPTN tawar Wang Pendahuluan Pinjaman RM31 juta


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KANGAR, 19 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sebanyak RM31 juta kepada 20,716 pelajar bagi kemasukan pengajian peringkat ijazah ke universiti awam sesi September 2019.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata pemberian WPP ini adalah permulaan kepada usaha PTPTN untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang tidak boleh melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

"WPP RM1,500 diberikan bagi setiap seorang pelajar warganegara Malaysia yang telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN semasa memohon UPU Online atau pun melalui portal kemasukan IPT.

"Ibu bapa pelajar mestilah penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan WPP di sini hari ini.

Bagi negeri Perlis, seramai 231 pelajar akan ditawarkan WPP bagi sesi ini dengan peruntukan sebanyak RM346,500.

Wan Saiful berkata surat tawaran WPP yang diberikan mempunyai tempoh sah laku selama dua bulan dan tempoh sah laku tawaran WPP pada kali ini adalah pada 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.

Pelajar boleh menunaikan WPP ini di mana-mana kaunter Bank Islam mulai 27 Ogos 2019 dengan membawa surat tawaran dan juga MyKad pelajar itu sendiri dan wakil adalah tidak dibenarkan.  

 Wan Saiful turut mengingatkan para pelajar berkenaan untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online melalui Portal PTPTN mulai 1 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 bagi memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sebagaimana sepatutnya.

"Pelajar hendaklah merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing atau terus kepada PTPTN sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kekeliruan," katanya.

Pada majlis itu juga, beliau turut menyampaikan zakat PTPTN bernilai RM5,000 kepada seorang pelajar asnaf Perlis, Nurul Ain Mohamad Firdaus, 18.

Beliau berkata zakat PTPTN mula ditubuhkan pada 2016 untuk memastikan PTPTN patuh syariah.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel