Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dadah bernilai jutaan ringgit dirampas di Puncak Alam


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





SHAH ALAM, 19 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab berkata rampasan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Rampasan dan siasatan dijalankan oleh JKDM, oleh itu kami hanya mengesahkan ada satu laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor dibuat berhubung rampasan ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Difahamkan menerusi serbuan itu, JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 23,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain dengan berat dianggarkan mencecah 3,230kg.

Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM676 juta.

Sementara itu, jurucakap JKDM ketika dihubungi enggan mengulas lanjut penemuan dadah berkenaan dan memaklumkan satu sidang media akan diadakan esok berhubung kes tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel