Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Baddrol terima Anugerah Pemain Liga Super Terbaik bulan Jun


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





ALOR SETAR, 19 Ogos (Bernama) -- Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) asiana.my bagi bulan Jun.

Baddrol mendapat undian tertinggi iaitu 9,836 undi menewaskan pemain Selangor FA, Ifedayo Olusegun yang memperoleh 6,037 undi diikuti pemain Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov (4,235 undi), pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid (2,076 undi) dan Ronaldo Henrique Silva dari Perak FA yang memperoleh 2,051 undi.

Baddrol yang kali ketiga merangkul anugerah tersebut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, trofi, sebingkai gambar, jersi khas dan gel sukan yang disampaikan Eksekutif Perundangan PFAM, Azzairi Rosle di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.

Sementara itu, Baddrol berkata anugerah yang diterima hari ini akan menjadi motivasi buat dirinya untuk bermain dengan sepenuh hati pada perlawanan Piala Malaysia menentang PKNS FC malam esok di Stadium Darul Aman.

“Ini merupakan anugerah buat pasukan Kedah dan bukan atas individu kerana pasukan serta pengurusan telah banyak membantu saya. Ini akan dijadikan sebagai motivasi untuk memantapkan pemainan esok dan fokus utama adalah untuk memperoleh tiga mata penuh.

“Esok kita main di laman sendiri jadi tiada tekanan dan kami (pasukan) nekad dan impikan kemenangan mata penuh. Siapa pun yang akan turun bermain esok, saya harap dapat main dengan penuh semangat sepanjang tempoh perlawanan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel