Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan sampan, awak-awak dan tekong di perairan Perlis


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KUALA PERLIS, 19 Ogos (Bernama) -- Sebuah sampan tanpa nombor pendaftaran ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah yang dilarang, hari ini.

Sampan itu ditahan kira-kira 0.7 batu nautika dari pantai Sungai Padang, pada pukul 10.47 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Zakariah dalam satu kenyataan berkata, seorang tekong dan seorang awak-awak lelaki tempatan masing-masing berumur 21 dan 23 tahun telah ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan kaedah pukat rawa sorong yang dilarang.

“Pemeriksaan ke atas sampan itu menemukan hasil tangkapan seberat 20 kilogram dan hasil tangkapan bersama sampan itu dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan dan Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 menggunakan kaedah penangkapan ikan dengan menolak di sepanjang dasar laut dengan bot berjentera," kata Nurulazme.

APMM akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dan orang ramai boleh memaklumkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim di negeri ini dengan menghubungi talian MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis ditalian 04-9851072 atau 04-9851162.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel