Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja bawa RM20,400 ke bank disamun dalam perjalanan


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KEPALA BATAS, 19 Ogos (Bernama) -- Dua pekerja wanita yang dalam perjalanan ke sebuah bank untuk mendepositkan wang tunai berjumlah RM20,400 milik syarikat majikan mereka disamun dua lelaki bermotosikal di sini, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.55 malam tadi adalah kes ketiga samun wang hasil jualan harian syarikat yang berlainan yang dilaporkan di sini dalam tempoh kurang dari 10 hari sejak kes pertama 10 Ogos lepas melibatkan wang tunai RM5,704 dan kes kedua 15 Ogos melibatkan wang tunai RM2,000.

“Dalam kejadian terbaharu ini, kedua-dua pekerja dilaporkan menaiki sebuah motosikal dan meletakkan beg mengandungi duit berkenaan di tempat duduk di antara penunggang dan pembonceng. Dua lelaki itu dikatakan telah menghimpit motosikal mereka sebelum menarik beg itu dan terus memecut lari ke arah simpang tiga Jalan Dua,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya mangsa-mangsa berkenaan mendakwa tidak sempat mengecam kedua-dua suspek yang memakai helmet bervisor penuh dan jenis motosikal yang digunakan kerana kejadian berlaku begitu cepat.

Beliau berkata, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat dan menasihati majikan yang hendak mendepositkan hasil jualan harian yang banyak ke bank untuk mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk mendapatkan bantuan polis.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel