Z5ywBaFDvKk Dr Mahathir diisytihar sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir diisytihar sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pengisytiharan itu juga adalah selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 yang mana Perdana Menteri adalah Presiden Agung PPM.

Pada majlis yang sama, Dr Mahathir juga menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia.

Dalam pada itu, Shafie berkata pengisytiharan itu secara langsung mampu mengangkat imej PPM bukan sahaja di peringkat negara malah antarabangsa lebih-lebih lagi Ibupejabat Pergerakan Pengakap Sedunia telah lima tahun berada di Kuala Lumpur.

"Manakala Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) pula adalah anugerah eksklusif yang hanya diberi dikalangan pemimpin negeri-negeri dan negara," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel