Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 300 hektar kawasan padi terjejas akibat ribut di Perlis


Tarikh kemaskini: 19/08/2019




PADANG BESAR, 19 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 319.73 hektar kawasan padi di bawah seliaan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis melibatkan lima Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) musnah dalam kejadian ribut yang melanda negeri ini, 9 Ogos lalu.

Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman berkata setakat ini, angka kerugian akibat bencana tersebut dianggarkan berjumlah RM1,074,292.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata lima kawasan terjejas itu ialah PPK Bintong, PPK Beseri, PPK Paya, PPK Padang Siding dan PPK Mata Ayer.

"LPP sedang mengemas kini jumlah sebenar kerugian kawasan padi yang terjejas termasuk di kedua-dua negeri (Kedah dan Pulau Pinang) yang dilanda ribut. Contohnya di Pulau Pinang, lebih kepada ternakan air seperti ikan siakap, dan di Perlis lebih kepada kawasan padi.

“Kita sedang kemas kini dan dalam masa seminggu kemungkinan siap semuanya. Saya juga bersimpati dengan bencana yang menimpa petani kita. Saya dapat makluman, ada petani sanggup ambil wang pendahuluan semata-mata nak teruskan kehidupan beli barangan keperluan dapur mereka.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya bantuan dapat disalurkan kepada petani sebelum musim kedua penanaman padi yang dijangka 15 Sept depan.

Terdahulu, Mazlan dalam lawatannya ke Kedah, semalam, dan Perlis hari ini meninjau kawasan padi termasuk fasiliti LPP dan PPK yang terjejas akibat bencana ribut di negeri ini.

Hujan lebat disusuli angin kencang membadai negeri di utara Semenanjung melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, bekalan elektrik terputus, selain rumah dan kemudahan awam rosak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri itu berpunca daripada taufan Lekima yang melanda beberapa wilayah di China.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel