Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Padah cuba lari, lelaki miliki rekod jenayah lampau ditahan


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis, ditahan di Lebuhraya Salak Taman Connaught, Cheras, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan selepas dia dilihat memandu kereta jenis Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang telah mengarahkan suspek untuk memberhentikan kenderaannya di Jalan Bunga Raya, Pandan Indah, namun lelaki itu melarikan diri sehingga melanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva di Jalan Tun Razak.

"Suspek akhirnya berjaya ditahan di Lebuhraya Salak Taman Connaught dan hasil temu bual mendapati lelaki itu mengaku takut untuk memberhentikan keretanya kerana tidak membawa lesen memandu dan di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian air kencing, suspek didapati positif jenis dadah amfetamina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noor Azmi berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau iaitu memiliki senjata berbahaya.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam dan Sesyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengguna, memberikan, memasukkan dadah berbahaya kepada diri sendiri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel