Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

LHDN tidak lagi terima Borang CP39 , pembayaran tunai atau cek PCB mulai 1 Sept


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengumumkan pihaknya tidak lagi menerima Borang CP39 (penyata potongan cukai bulanan) secara manual, cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD), pemacu pena dan cakera keras serta pembayaran secara tunai atau cek bagi Potongan Cukai Bulanan (PCB) daripada majikan, mulai 1 Sept, 2019.

LHDN berkata langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pembayaran dalam talian (e-pembayaran).

"Majikan hanya boleh menggunakan kaedah e-PCB, e-Data PCB atau e-CP39 yang disediakan melalui sub-menu ezHasil di portal rasmi LHDNM, www.hasil.gov.my untuk penyerahan penyata PCB atau data PCB pekerja bagi bulan Ogos 2019 dan bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan.

Majikan dikehendaki membuat pembayaran PCB untuk pekerja mereka secara dalam talian melalui Pertukaran Proses Kewangan (FPX), perbankan Internet, Pemindahan GIRO Antara Bank (IBG), atau melalui kiosk cek di bank CIMB sahaja.

Majikan dinasihat untuk mematuhi peraturan baharu itu untuk memastikan penyerahan data peribadi pekerja dan bayaran PCB boleh dibuat dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kompaun kerana penghantaran lewat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hasil.gov.my atau hubungi LHDN di 1800-88-5436.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel