Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKM N. Sembilan nafi pegawainya terlibat dalam kes penyamaran


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





SEREMBAN, 19 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menafikan penglibatan kakitangan dan pegawai jabatan itu dalam kes penyamaran yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarahnya Mohamad Hapil berkata pihaknya telah melakukan siasatan dalaman dan mendapati tiada penglibatan kakitangan JKM Negeri Sembilan dalam kes tersebut.

"Justeru, demi menjaga nama baik dan imej kakitangan jabatan ini, saya telah mengarahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban Mustafal Bakri Mohammad Yusof membuat laporan polis semalam bagi menafikan penglibatan kakitangan jabatan ini dalam kes tersebut dan menyerahkan perkara ini untuk siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes dua wanita menyamar sebagai kakitangan JKM Seremban yang didakwa datang menemu ramah penerima bantuan di Kampung Kuala Gentam, Kuala Pilah yang tular di media sosial pada 13 Ogos lepas.

Katanya pihaknya juga menasihatkan kepada orang awam agar sentiasa berwaspada semasa berurusan dengan individu yang mengaku sebagai kakitangan JKM dan mereka boleh menghubungi pejabat JKM yang berdekatan untuk mendapatkan pengesahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel