Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops SAR rakyat Singapura yang masih hilang ketika berkayak di Mersing ditamatkan


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





JOHOR BAHARU, 19 Ogos (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang daripada dua rakyat Singapura yang masih hilang ketika berkayak di perairan Mersing pada 8 Ogos, ditamatkan pada pukul 9 malam tadi selepas tiada petunjuk baharu ditemukan oleh pasukan penyelamat.

 Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata operasi bagaimanapun akan diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baharu dijumpai.

“Operasi ditamatkan kerana tiada lagi sebarang petunjuk baharu ditemukan selepas menjumpai mangsa wanita (salah seorang mereka) pada 14 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebelum itu operasi telah pun dijalankan selama 10 hari meliputi skop pencarian dari udara, permukaan laut, pesisir pantai dan di pulau-pulau yang melibatkan seramai 155 anggota, lima aset udara dan 11 aset laut dari pelbagai agensi dengan anggaran kos operasi sebanyak RM431,380.

Puah Geok Tin, 57, bersama Tan Eng Soon, 62, dilaporkan hilang setelah terpisah daripada 13 rakan mereka ketika berkayak di perairan Mersing.

Mereka terpisah berikutan laut bergelora dan angin kuat ketika itu namun mayat Puah telah ditemui di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu pada 14 Ogos lepas manakala mayat Tan belum dijumpai. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel