Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suhakam mahu masyarakat luar bandar lebih sedar tentang hak asasi


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





TUMPAT, 19 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu rakyat negara ini khususnya masyarakat luar bandar mempunyai kesedaran yang lebih tinggi terhadap isu berkaitan hak asasi mereka.

Pengerusinya, Tan Sri Othman Hashim berkata, ia penting bagi memastikan kebajikan masyarakat luar bandar turut diberi perhatian.

"Berdasarkan beberapa segmen kita dapati masyarakat bandar lebih sedar dan peka tentang hak asasi berbanding penduduk luar bandar. Jurang ini tidak sepatutnya ada kerana hak asasi dan kebebasan terpakai kepada semua manusia," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Suhakam Bersama Masyarakat di Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan di sini, hari ini.

Program kali kedua Suhakam bersama nelayan itu disertai kira-kira 100 nelayan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat akar umbi mengenai hak asasi manusia dan bidang kerja suruhanjaya itu selain membuka peluang kepada masyarakat menyuarakan isu yang berkaitan hak asasi manusia.

Othman berkata, kesedaran tentang hak asasi manusia penting bagi memastikan ia dihormati dan dilindungi.

"Justeru itu, Suhakam akan turun padang sepanjang tahun ini mendekati komuniti akar umbi terutama masyarakat luar bandar bagi memberi pendedahan berhubung perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, badan bebas itu kini dalam proses mengumpulkan semua aduan dan permasalahan nelayan berhubung hak asasi mereka kepada kerajaan supaya langkah sewajarnya dapat diambil.

Setakat ini, isu kesan projek penambakan laut, pencerobohan nelayan asing, pencemaran  dan subsidi diesel antara aduan yang diterima Suhakam daripada komuniti nelayan.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel