Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan beraksi tanpa Syedi L' Imam di Sarawak malam esok


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KOTA BHARU, 19 Ogos (Bernama) -- Pasukan Kelantan bergantung sepenuhnya kepada pemain tempatan pada pertemuan menentang pasukan Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching pada saingan Piala Cabaran malam esok berikutan terpaksa melupakan khidmat pemain importnya Syedi L' Imam.

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah berkata, pasukannya bertandang di tempat lawan tanpa pemain import tunggal pasukan itu yang mengalami kecederaan.

"Saya mendapat maklumat daripada pasukan perubatan dia (Syedi L'Imam) tidak boleh bermain kerana mengalami kecederaan bahu, kami menaruh harapan kepada pemain tempatan pada perlawanan cukup penting malam esok.

"Esok (malam) perlawanan penting bagi saya kerana ia melibatkan pemburuan bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya, saya tagih sentuhan penyudah penyerang tempatan seperti Nik Azli Nik Alias, Nik Akif Syarihan Nik Mat, Mohammad Imran Samso dan pemain lain," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan A di Stadium Sultan Muhammad lV, pada 14 Ogos lepas, Kelantan tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDTll).

Yusri berkata, penyerang tempatan pasukannya tidak perlu cepat tertekan apabila memperoleh peluang menjaringkan gol sebaliknya menggunakan peluang itu dengan bijak.

"Sebelum ini, mereka kerap mencipta peluang menjaringkan gol namun gagal disudahkan berikutan melakukan keputusan secara terburu-terburu sehingga membiarkan peluang itu dilepaskan begitu sahaja.

"Pemain yang diturunkan harus menggunakan sebaik mungkin perkara-perkara yang dilakukan ketika latihan terutamanya aspek penyudah kerana pasukan sangat memerlukan jaringan untuk membawa bekalan mata ke Kota Bharu," katanya.

Ketiadaan pemain import memberi peluang kepada pemain tempatan bagi membukti kemampuan yang dimiliki.

"Pemain seharusnya menggunakan 90 minit kepercayaan diberikan malam esok sebaik mungkin kerana ia platfrom untuk masa hadapan mereka bersama pasukan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel