Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis siapkan kertas siasatan kes tetak jari OCPD Besut


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





MARANG, 19 Ogos (Bernama) -- Polis sedang menyiapkan kertas siasatan terhadap seorang suspek yang disyaki menyerang dan menetak putus ibu jari tangan kanan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rawi Khamis lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental itu masih dalam tempoh reman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

"Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini serangan berpunca daripada masalah mental dan  sakit hati kerana mangsa (Mohd Zamri) tidak mahu melayan kerenah suspek," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Marang di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini.

Ia menyaksikan Pegawai Turus Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu, DSP Amran @ Mohd. Zaki Omar memangku jawatan Ketua Polis Daerah Marang menggantikan Mohd. Suhaimi Ali yang dinaikkan pangkat kepada Superitendan dan menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bahru.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel